Realisasikan Rumah impian anda.
Apa khabar semua....saya amat berminat dengan dunia perabot dan hiasan dalaman dan ingin berkongsi pengalaman dan impian dengan anda semua.Untuk Hubungi saya. sila email hiasandalaman@yahoo.com


- jika memasang kertas dinding ,elak corak keterlaluan . sebaiknya pilih warna natural dengan corak ringkas.
- kumpulkan semua barang hiasan dan asingkan mengikut jenis, warna atau konsep. letakkan barang mengikut kumpulan untuk memberi kesan lebih tersusun.
- jgn hadkan hiasan dinding pada bingkai gambar,lukisan dan cermin sahaja. boleh juga mngantung pinggan lama.
- pasang rak dinding kecil untuk menghias sudut sempit,di atas rak ini boleh di letakkan lilin aneka warna atau cenderahati.
- berhati-berhati ketika membeli barang hiasan di ruang pameran, barangan munkin cantik ketika di kedai namun janggal bila di padankan dengan keadaan dan hiasan rumah.
- jgn buang perhiasan lama yang meningalkan kenangan pada diri , contohnya lukisan ketika di bangku sekolah atau gambar ketika kecil.gambar lama begini lebih berharga jika di bingkaikan.
- pelbagaikan hiasan dinding di rumah.hamparan kecil mampu menarik perhatian tetapi cepat mengumpulkan dan tampak kusam.perlu rajin membersihkan supaya ia sentiasa tampak baru.
- jika anda meminati lukisan tetapi tidak mampu membelinya,hasilkan lukisan sendiri,ia akan lebih bermakna.
- kalau cat dinding berwarna gelap,pastikan hiasannya berwarna cerah.
- minimumkan hiasan dinding untuk mengelak tetamu merasa serabut.
- apabila meletakkan gambar,pastikan kedudukannya pada paras penglihatan mata.
- pilihan perabot moden or tradisional juga di harus di ambil kira supaya dapat mengimbangi kesimbangan lukisan dan gambar yang di gantung.pastikan size gambar tidak melebihi 70% kelebaran dari perabot di ruangan itu.
- untuk tampak kasual dan menarik cuba mengantung nya secara melintang.ia dapat membantu supaya ruang nampak lebih luas.
- untuk nampak ruang tinggi,gantung secara menegak.
0 comments:
Post a Comment