
Tak pe..berapa pun budget anda itu tak penting.tapi macam mana anda belanjakannya. So saya akan kongsikan sedikit tips untuk anda.
1.Harga yang tepat
Gunakan material yang tidak mahal dengan mewahnya dan gunakan material yang mahal sebaliknya.Gunakan fabrik kapas untuk slip cover dan table skirt dan fabrik yang agak berpatutan harganya untuyk bantal-bantal dan langsir.so antara harga kain yg mahal dengan kos tempah jahit yang mahal pililah kos jahit yg mahal itu. sebab tukang jahit yang bagus boleh membuatkan langsir(contoh) anda yg dari kain murah nampak seperti hasil yang bernilai tinggi! Sebanarnya nilai langsir itu boleh di tambah keeleganannya dalam aspek jahitannya,rambu-rambanya.macam mana boleh jimat kan?
2.Decorative art.
okay cuba buat karya anda sendiri , potong je gambar kat dalam majalah dan letakkan dinding sebagai hiasan. tetapi ia tidak semudah itu ye...gunakan daya creativity anda dalam membuat framenya. Tukarkan sebuah gambar biasa menjadi sebuah karya seni yang ulung.Bende murah pun dah nampak sophistikated...he..he..
3.Berjimat dengan fabrik
Tak payah beli baru sekiranya apa yg ada sekarang masih bagus ,cuma ubah suai contoh nya..tukarkan langsir lama anda kepada lapik meja makan.naik tarafkan nilainya seperti yg saya cakap mula-mula tadi melalui kualiti jahitan dan aksesori tambahan.Gunakan apa yg ada .kalau kerusi makan anda nampak usang pakai lah slipcover so nampak lain sikit,Buatlah skirt kat table anda tapi pastikan warna padan dengan dinding jgn main hentam saja ye.
4.faktor size dan ukuran
kalau nak beli perabot,nak nampak mewah jgn beli banyak tapi beli sikit dan kalau boleh beli yg size besar.Fokuskan kepada bahagian focul point so anda tak payahlah masukkan banyak elemen di dalam rumah.
5.Informasi
pembeli yang bijak mesti ada pengetahuan yang banyak.Bayar sedikit untuk dapatkan khidmat nasihat pakar hiasan dalaman dapat menjimatkan wang kita untuk jangka masa panjang..
6.Cat rumah anda sendiri
dapatkan buku panduan mengecat. cuba try apply beberapa cara mengecat. Rujuk balik post yang lepas unutuk pelbagaikan cara nak cat.
7.upgrade perabot anda yang sedia ada.
contoh ,cat semula kabinet hiasan anda yang dulu bewarna hitam kepada putih, tentu nampak lain sikit.
Sebenarnya, banyak lagi cara nak berjimat dalam menghias...gunakan imaginasi anda dan tukarkan bayangan anda menjadi realiti.

0 comments:
Post a Comment