Wednesday, February 13, 2008

MENGHIAS RUANG MEJA MAKAN


Menghias ruang meja makan seharusnya menjadi tugas seisi rumah jadi tak pe kalau sedikit formal. Ruang meja makan boleh kelihatan lebih elegan berbanding ruang tamu dan dapur. Apa yang penting keluarga anda rasa cukup selesa dengan pilihan anda. Dekorasi ruang dining yg bagus memang pada hiasannya tetapi ia adalah juga tentang makanan. keseimbangan dua perkara ini dapat menghasilkan kombinasi yang menarik dalam hiasan dalaman.

Design ruang makan.

sudah tentu kita mahu mempunyai design yg terbaik , apa yang anda boleh buat ialah bergantung kepada size ruang yang anda ada.

Kalau ruang anda luas , anda boleh meletakkan kabinet di ruang makan dan menambah sedikit dekorasi untuk mencantikkan ruang. Contohnya ,kabinet pinggan mangkuk atau pun sebuah console table panjang beserta cermin.

Kadang -kadang kita terasa susah untuk menghias ruang meja makan kita yang sempit, tetapi kita mampu melakukannya dengan mengunakan kreativiti kita. Kalau boleh jgn letakkan cabinet di ruangan tersebut sebab susah pulak nak lalu nanti.katakanlah anda mempunyai kerusi dan meja berlebihan simpan saja dulu dalam stor, cuma keluarkan masa ada tetamu datang sahaja.( gunakan table cloth untuk cover meja anda dan buatkan sarung yg cantik untuk kerusi anda,supaya tetamu tak perasan yg itu sebenarnya kerusi dan meja extra). hiasan yg rasa tak berkenaaan dgn ruang makan elok jgn letak ini untuk membuat kawasan lebih luas sikit dan tak serabut mata.

Pilih perabot.Pilihlah dining set yg sesuai dengan konsep hiasan dalaman rumah anda. adakah anda suka yang glass atau pu kayu. dari jenis kayu juga bayk pilihan sama ada modern atau pun klasik. Apa yg penting keselesaan, cantik namun tak selesa hati rasa tak tenang pula. Pastikan dining set itu sesuai dgn bilangan dan keadaan keluarga anda.kalau ruang sgt terhad jgn lupa sediakan kerusi lebih untuk di simpan.

Lampu.Samaada ruang sempit atau besar, anda boleh memasang lampu gantung di bahagian tgh siling. Tetapi kalau ruang sempit jgn pula pakai lampu yang besar,nanti nampak kelakar pula.
ok ini cuma basic interior yg boleh anda cuba sendiri, anda boleh try padankan dgn dinding dan konsep anda yg sedia ada. semoga berjaya yer...

No comments:

Realisasikan Rumah impian anda.

Apa khabar semua....saya amat berminat dengan dunia perabot dan hiasan dalaman dan ingin berkongsi pengalaman dan impian dengan anda semua.Untuk Hubungi saya. sila email lalitafazura@yahoo.com