KEHADIRAN tanaman memanjat atau menjalar bagaikan pelengkap utama suasana semula jadi di taman.
Memang tanaman berkenaan kian mendapat perhatian di kalangan peminat seni taman di Malaysia.
Apatah lagi ia bukan sekadar menampilkan visual hijau semula jadi, malah melahirkan sudut pandangan lebih ber seni.
Keunikan tanaman menjalar bagaikan simbol menghargai kunjungan tetamu, sekali gus menyerikan segenap ruang pergola, gazebo dan pintu pagar kediaman.
Kepelbagaian warna bunga dan daun tanaman memanjat ini mewujudkan suasana harmoni dan sejuk mata memandang.
Biasanya tanaman memanjat atau menjalar terbahagi kepada dua jenis iaitu renek dan herba.
Ia juga dibahagikan pula kepada tiga kumpulan iaitu berkayu keras, sederhana dan lembut serta merayap dan menjalar.
>Pokok kembang seri pagi
-Lebih 300 spesies yang tumbuh subur di kawasan tropika dan tergolong dalam famili convolvulaceae
-Ubi keledek juga berasal dari famili yang sama
-Kelopak bunganya hanya mekar ketika pagi saja dan layu menjelang petang
-Pokok berkenaan mempunyai daun berbentuk bujur sirih dan mengeluarkan daun dan bunga yang lebat
-Sesuai dijadikan tanaman yang menghasilkan suasana teduh di gazebo atau pergola
-Sesuai dijadikan pagar kediaman
-Ia boleh dibiakkan menerusi keratan batang
-Sesuai ditanam dalam pasu atau bekas tanaman yang dipacak kayu atau besi pada bahagian tengahnya
-Kayu dan besi diguna bertujuan menyokong pokok kem bang seri pagi yang memanjat.
>Allamanda
-Mempunyai bentuk bunga menarik
-Berasal dari benua Amerika
-Berada dalam famili apocynaceae
-Kebanyakannya berwarna kuning terang dengan daun berkilat mengelilingi kelopak bunganya
-Mudah dibiakkan menerusi keratan batang
>Bunga ketup-ketup atau tapak kuda
-Warna kelopak jingga kemerahan antara daya tarikan bunga berkenaan
-Aktiviti mencantas amat digalakkan selepas bunga layu
-Ia bagi memberi laluan kepada pucuk baru tumbuh
>Panduan memilih tanaman memanjat:
1) Pilih tanaman memanjat dengan daun dan bunga ber warna terang dalam usaha menceriakan laman selain me nampakkan ruang lebih luas.
2) Pastikan struktur sokongan yang betul untuk disesuaikan dengan tanaman berkenaan seperti pergola, gazebo atau pagar supaya tidak mengganggu tumbesarannya.
3) Membeli tanaman memanjat dalam pasu antara pilihan bijak kerana akarnya tidak banyak terganggu apabila ia dipindahkan ke tanah.
4) Tanaman dalam pasu yang dibeli perlu dipastikan permukaan tanah tidak diliputi lumut atau akar yang ter keluar dari lubang saliran air pada bahagian bawah pasu.
5) Beli tanaman menjalar yang berkualiti dan bebas serangan serangga perosak.
source : metro





No comments:
Post a Comment